About Me

My photo
masih banyak yg perlu diperbaiki.... perlukan support yg jitu dr org sekeliling....

Monday, July 18, 2011

Perjalanan Menyucikan Jiwa


Tanggal 29 Jun 2011, aku bersama 8 ahli keluarga yang lain dijemput menjadi tetamuNya. Alhamdulillah.... Memang betul-betul tak sangka & tak percaya yang aku diberi peluang sebegini. Persediaan... jangan kata la... disebabkan x percaya, persediaan pun dalam keadaan percaya dengan tidak je. Tapi itulah kenyataan... Dan aku bersyukur kerana berpeluang menjejk kaki di bumi Allah dan para Anbiya'.

Sayu hati usah dikata. Tatkala kaki menjejak di negeri Rasulullah dan para sahabat menegakkan Islam, meremang bulu roma. Ya Allah, disini.. di negeri ini.. kekasihMu pernah tinggal... Dan aku telah sampai di negeri ini..

Saat pertama kali memasuki pintu Masjid Nabawi.... Rumah Baginda Rasulullah... hati ini sekali lagi digamit kesayuan... aku bertuah menjadi tetamu Baginda. Walaupun jasad Baginda tiada di depan mata, namun aku terasa dekat dengannya... Alangkah indahnya jika Baginda masih ada...