About Me

My photo
masih banyak yg perlu diperbaiki.... perlukan support yg jitu dr org sekeliling....

Tuesday, September 9, 2014

INSPIRASI REMEDI ANAK MUNTAH-MUNTAH (SAMBUNGAN)

Assalamualikum..

Bertemu kembali dalam penulisan kali ni..

Tengok tajuk je dah tau apa yang nak diceritakan. Ye tak??

Ok... Kali ni "straight to the point" jelah...

(Throwback ni tau.. bukan cerita hari sebenar. Time mengarang ni Zulfa dah sihat sepenuhnya tanpa ubat-ubatan. Selera makan pun kemain meriah lagi.. SYUKUR!!)

* Penceritaan bermula....

Lepas balutkan anak dengan remedi halia dan garlic sock tu, nampak perkembangan positif pada muntah-muntah Zulfa.. Kalau sebelum ni, lepas minum air tu dia akan termuntah, tapi selepas menggunakan remedi tu, Alhamdulillah, amik masa yang panjang jugak baru Zulfa muntah balik.. Makanan yang dimakan oleh Zulfa sempat la hadam dan jadi tenaga. Alhamdulillah...

Cuma demam dan cirit birit masih x sembuh... Ya Allah, dugaan. Kali ni Zulfa nampak makin lemah, tapi bagi aku asal dia tak muntah, itu dah memadai. Demam dan cirit birit tu aku harap x lama la melanda Zulfa. Sian kt dia, dia yang dari jenis sangat suka n pantang nampak makanan terus berubah jadi orang yang x lagi berminat pada makanan.

Akhirmya sehingga malam, aku terpaksa jugak bawak zulfa pergi klinik. Semua makanan dan minum dah dia reject. Hanya air milo sahaja yang dia masih nak. Jd santapan dia milo jelah. Masuk je makanan, kalau sebelum ni dia muntah, kali ni dia berak. Asal masuk makanan, memang akan keluar balik melalui berak. Perut dia dah makin leper. Siap orang kata, dah macam orang somalia. :'(

Jadi malam tu, untuk remedi seterusnya, aku potong bawang merah, letak dalam bekas dan letak disebelah zulfa time tidur.. Aku juga letak dalam stokin dia.. in stead of garlic, aku gantikan dengan onion. Pun boleh untuk menurunkan suhu badan. Sambil2 tu aku sapu badan dia dengan air asam jawa.. sama jugak, tujuannya untuk turunkan suhu badan. Memang suhu badan dia menurun sedikit. Tapi biasa lah, natural remedi ni efek dia tak lah secepat PCM. Jadi, tidurlah Zulfa dengan bertemankan bawang merah, berbalutkan kain dengan asam jawa dan berstokinkan bawang.

Dengan harapan Zulfa seperti sedia kala.. Amin..

* Tamat cerita untuk kali ni.. Update seterusnya... TUNGGUUUUU!!!



Zulfa selepas baik demam.

Thursday, August 28, 2014

INSPIRASI REMEDI UNTUK ANAK MUNTAH-MUNTAH

Assalamualaikum..

Pertama sekali nak mengekspresskan rasa kesyukuran sebab rupanya blog ni wujud lagi. Tak sangka sungguh agaknya blog ini bertuan.

Sebenarnya memanglah xde kesempatan nak jenguk blog ni. Dan yg lebih tepat, kemahiran mengarang dan idea untuk menghidupkan blog ni memang xde. Wujudnya blog ni sekadar.. "org lain ada blog.. aku nk ada blog jugak.." haha.. sudahnya begini la.

Orang lain yang ada blog tapi x aktif sbnrnya ramai juga diluar sana.. tapi at least ada jugak jenguk rumah masing2. Aidilfitri baru ni, rasanya ramai mengupdate blog dengan tajuk #raya #aidilfitri #kampung.. n bla bla bla.. byk sgt la # tagnya.. (pandai lak aku berhashtag ;-p )

Tp myas tetap myas.. sunyi tanpa cerita.. Tp arini tah mcm mn rasa nk jenguk n update citer arini dan semalam..

Ok.. ini lah tujuannya aku menghapdet blog ni..

Ceritanya, anak aku yg kecik sekali.. #zulfa namanya, terkena virus muntah2. Aku kira virus la kot. Katanya masa amik dari rumah pengasuh dia muntah uwekkk..  Hahaha.. memang budak ni suke citer apa yg dia buat kt umah mamazah dia tiap kali aku amik dia.

Then, lps dia ckp mcm tu, aku tgk muka dia mmg mcm x seperti biasa.. nampak penat je. Oleh kerana masa amik dia tu hujan lebat sedang membasahi bumi, maka aku x diberi report oleh mamazah berhubung kejadian muntah zulfa ni. Lalu aku pn call la mamazah, nk tanya sahih ke cerita zulfa ni. Sebab takut dia nk bgtau yg kwn diayg sama diasuh oleh mamazah pn muntah2 2@3 hari ni..

Bila call mamazah.. maka sah la cerita zulfa ni benar belaka. Cuma kata mamazah, zulfa muntah sebab dia jolok tekak dia. Sbb tu jd muntah. Aku pn tanya ada salah makan ke atau betul ke mmg sbb dia jolok mulut dia. Mamazah pn dengan konfidennya sahkan apa yg dilaporkan benar. Aku bukan x caye.. cuma aku risau, bukan sbb jolok, tp mmg virus. Sbb zulfa ni jenis selera besar. Pantang nmpk makan, mmg nk aje. Jd aku risau, klu kata betul la sbb virus maka kena stop apa yg xleh dimakan.

Dekat nk sampai rumah, zulfa kata nk muntah, tp x pun. Aku dh gusar ni. Alamak betul.ke muntah rumah bstd sbb jolok. Klu btl xkn nk muntah lg zulfa ni. Aku pn sedapkan hati kata betul la tu sbb jolok.

Bila dh smpi rumah, zulfa lagi sekali kata nk muntah.. n kali ni dia mmg muntah.. Rasanya ada dalam 2@3 kali kot dlm masa sejam tu. OH NO!! Sah la virus ni.

My hubby apa lagi.. tanya ada ubat x..? nk g klinik x? Aku ni dh berapa kali gagal nk cuba cara natural rawat anak demam ke.. sakit perut ke.. Kali ni pun mungkin gagal.. Tp sblm gagal tu aku memang la x bg ubat kt zulfa ni. Cuma kalau didesak sgt maka anak itu akan disuap ubat.

Jadi, step seterusnya aku google la apa yg patut digoogle.. masuk grup fb #gnram... (xpasti betul x singkatannya.. konpius sokmo)

Aku pun buat apa yg aku jumpa dlm pencarian aku.

1. Yg aku jumpa dlm blog: buat ayak teh cina.. campur sedikit gula n sedikit garam dgn air panas. Aku rasa zulfa memang rijek ni. Dan benar spt yg dijangka. Dirijek.. Ok.. done yg ni.

2. Oleh kerana zulfa dh makin kerap muntah.. tiap kali minum air.. mesti kuar balik air yg diminum. Aku rasa aku perlu buat sesuatu untuk ganti balik apa yg dh keluar tu. Aku pun buat bubur. Peregu dengan ikan bakar. Kuah aku buat guna halia, bwg putih, lada hitam, ikan bilis n sayur petola. Masak kaw2 la halia dgn lada hitam n bwg putih tu. Siap aku suapkan zulfa makan. Aku buat bwg putih, halia n lada hitam tu sbb aku baca.. ramuan tu bagus untuk org yg alami muntah2 ni. Zulfa makan dengan jayanya. X tolak makan wlpn x sihat. Ok.. Nmpk perkembangan baik.. Tp lps minum air.. muntah balik.. Aduiii... Macam mn ni.. hubby dh buat muka x puas hati.

Aku pn rasa.. ok.. lps ni ubat ye zulfa.. Hurmmmm... Tp lps tu zulfa tidur.. Tak payah suap ubat dah.. selamat lagi buat masa ni.

Sampai masa, aku pun join la zulfa tidur. Setakat ni dia xde la terbangun n muntah.

Aku x sedar masa mana dia bangun mintaj air dgn my hubby. Bila disuap air.. dia muntah lagi. Kali ni aku dh xleh nk elak. Akhirnya aku tewas n aku suap ubat jugak kt zulfa. Lepas suap ubat n minum air dia muntah lagi. Oh memang x habis lg la virus yg melanda dia ni. Lepas tu zulfa mintak milo. Aku x bg. Risau lagi teruk muntahnya. Aku offer roti bakar. Dia makan ok.. habis sekeping. Minum air..muntah lagi.. hurmmmm.... Jd aku pujuk zulfa tdo la.. dah jam 3 pagi anak oii.. Kalini aku benarkan zulfa menyusu badan. Konon nk stop yg dh berkali x jd stop. Umur dh 2 1/2.. Redha jelah demi untuk dia x mintak milo.

Pagi esok.. bngun n dia masih lemah.. Badan pun dh panas. Alamak.. Demam la pulak.. Siap pakej dengan cirit birit ni. Kena suap ubat n bwk pi klinik la lps ni. Tp lps nmpk makanan atas meja, tetiba dia jd aktif.. Nk makan apa yg ada. Nasi berlauk sikit.. donut sikit.. roti bakar sikit.. memang sikit2 la dia makan. N malad nk tulis lg sbnrnya.. lps minum air dia muntah. Aku pn ajak dia untuk suap ubat. Dia dh mcm refuse.. serik kot mkn ubat smlm. Tp dia x la nangis.

Akhirnya aku amik keputusan, buat garlic socks untuk turunkan suhu badan. Aku potong halia n letak dlm lampin masa dia baby dulu, n aku letak kt perut dia. Dia tidur dengan pakaian garlicn halia.. Harapnya lps bangun nnt.. kurang la panad bdn n kurang muntah.. Aku buat mintak dengan izin Allah supaya cara ni berjaya. Sebab dr Allah penyakit dtg, Allah juga lah penyembuhnya.

Resultnya nnt aku maklum kemudian ye. Doakan Allah perkenankan usaha aku. AMIN!!!



Saturday, November 2, 2013

Masih Aktif?

Tak sangka sungguh.. Lebih dari 2 tahun blog ni tak dijenguk oleh tuan punya blog..

Dalam dua tahun ni macam2 dah berlaku..

Dua tahun lps aku masih berempat..

Now aku dh berlima pn..


Dgn kelahiran bdk ni pada tahun 2012 tanggal 17 April...


Zulfa Saidatina

Now Zulfa pn dh nk masuk 2 tahun... hehehe..

Andaikata dua tahun lagi aku update blog ni.. boleh x bayangkan apa yang berlaku nanti.. 

Jeng jeng jeng....

Luahan Seorang Papa

"Wahahahaha.... nok buleh tunggu besar ni... banyak cubaan..." kata papa. "Yang dulu macam mana... x bunyi pn komplen apa2" balas umi... "hok kecik ni lain la..." kata papa lagi....

Erm..... last2 dgr jugak ayat-ayat sebegitu dari mulut seorang papa.... bukan bermakna dia x sabar... tapi.... komen la sendiri...

betul la kata orang... setiap anak ni lain perangainya.... unik kan...


Monday, July 18, 2011

Perjalanan Menyucikan Jiwa


Tanggal 29 Jun 2011, aku bersama 8 ahli keluarga yang lain dijemput menjadi tetamuNya. Alhamdulillah.... Memang betul-betul tak sangka & tak percaya yang aku diberi peluang sebegini. Persediaan... jangan kata la... disebabkan x percaya, persediaan pun dalam keadaan percaya dengan tidak je. Tapi itulah kenyataan... Dan aku bersyukur kerana berpeluang menjejk kaki di bumi Allah dan para Anbiya'.

Sayu hati usah dikata. Tatkala kaki menjejak di negeri Rasulullah dan para sahabat menegakkan Islam, meremang bulu roma. Ya Allah, disini.. di negeri ini.. kekasihMu pernah tinggal... Dan aku telah sampai di negeri ini..

Saat pertama kali memasuki pintu Masjid Nabawi.... Rumah Baginda Rasulullah... hati ini sekali lagi digamit kesayuan... aku bertuah menjadi tetamu Baginda. Walaupun jasad Baginda tiada di depan mata, namun aku terasa dekat dengannya... Alangkah indahnya jika Baginda masih ada...

Thursday, December 9, 2010

i'm a new comer

ari nie...9/12/2010...
kali kedua aku buka blog ni....
itu pun sbb nk cari blog cousin hubby yg baru kawen..
tp x igt apa addressnye.....
x tau nk tulis apa sbnrnya...
buat masa ni mmg totally out of ideas...
so ini jelah catatan aku...
kata pn baru2 blajar...
nk isi gambo pn x reti mcm mana...
blur gilak nie...
ada x yg sudi mengajor...
nk layan blog la lak...
boleh la mempamerkan bakat yg xde nie...
hehehehe....