About Me

My photo
masih banyak yg perlu diperbaiki.... perlukan support yg jitu dr org sekeliling....

Tuesday, September 9, 2014

INSPIRASI REMEDI ANAK MUNTAH-MUNTAH (SAMBUNGAN)

Assalamualikum..

Bertemu kembali dalam penulisan kali ni..

Tengok tajuk je dah tau apa yang nak diceritakan. Ye tak??

Ok... Kali ni "straight to the point" jelah...

(Throwback ni tau.. bukan cerita hari sebenar. Time mengarang ni Zulfa dah sihat sepenuhnya tanpa ubat-ubatan. Selera makan pun kemain meriah lagi.. SYUKUR!!)

* Penceritaan bermula....

Lepas balutkan anak dengan remedi halia dan garlic sock tu, nampak perkembangan positif pada muntah-muntah Zulfa.. Kalau sebelum ni, lepas minum air tu dia akan termuntah, tapi selepas menggunakan remedi tu, Alhamdulillah, amik masa yang panjang jugak baru Zulfa muntah balik.. Makanan yang dimakan oleh Zulfa sempat la hadam dan jadi tenaga. Alhamdulillah...

Cuma demam dan cirit birit masih x sembuh... Ya Allah, dugaan. Kali ni Zulfa nampak makin lemah, tapi bagi aku asal dia tak muntah, itu dah memadai. Demam dan cirit birit tu aku harap x lama la melanda Zulfa. Sian kt dia, dia yang dari jenis sangat suka n pantang nampak makanan terus berubah jadi orang yang x lagi berminat pada makanan.

Akhirmya sehingga malam, aku terpaksa jugak bawak zulfa pergi klinik. Semua makanan dan minum dah dia reject. Hanya air milo sahaja yang dia masih nak. Jd santapan dia milo jelah. Masuk je makanan, kalau sebelum ni dia muntah, kali ni dia berak. Asal masuk makanan, memang akan keluar balik melalui berak. Perut dia dah makin leper. Siap orang kata, dah macam orang somalia. :'(

Jadi malam tu, untuk remedi seterusnya, aku potong bawang merah, letak dalam bekas dan letak disebelah zulfa time tidur.. Aku juga letak dalam stokin dia.. in stead of garlic, aku gantikan dengan onion. Pun boleh untuk menurunkan suhu badan. Sambil2 tu aku sapu badan dia dengan air asam jawa.. sama jugak, tujuannya untuk turunkan suhu badan. Memang suhu badan dia menurun sedikit. Tapi biasa lah, natural remedi ni efek dia tak lah secepat PCM. Jadi, tidurlah Zulfa dengan bertemankan bawang merah, berbalutkan kain dengan asam jawa dan berstokinkan bawang.

Dengan harapan Zulfa seperti sedia kala.. Amin..

* Tamat cerita untuk kali ni.. Update seterusnya... TUNGGUUUUU!!!



Zulfa selepas baik demam.

No comments:

Post a Comment